Sunday, April 10, 2011

cerita ini tiada kene mengene dengan yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia...hanyalah khayalan dan mimpi sahaje...enjoy it =)

Lelaki itu...

     Hari ini hujan renyai – renyai. Aku duduk di jendela, merenung titik – titik air. Rumah ke menghadap kota raya. Ku pandang ke bawah. Masih ramai orang nampaknya. Masing – masing dengan payung. Ada yang sekadar menutup kepala dengan surat khabar. Sesekali aku terpandang kelibat pasangan ini. Lelaki berpegangan tangan sesame lelaki. Aku menarik nafas. Apa lah mahu jadi dengan dunia sekarang ni? detik hati ku. Aku menekan punat televisyen. Siaran berita ke terpampang. Satu pembunuhan kejam telah berlaku di ibu kota. Sambil menghirup milo panas, aku mendengar dengan tekun. Sejak akhir – akhir ni,banyak kes pembunuhan berlaku. Tetapi kebanyakannya lelaki, aku agak pelik.

     Tiba – tiba, telefon bimbit ku berbunyi, di skrin tertulis nama Rizal. Aku menerima panggilan tersebut. “ Assalamualaikum,kau kat mane? Jom keluar. Aku bosan la. Cik abang aku ada kerja. Jom la teman aku? ”, katanya. Aku hanya menjawab “Ok,kau ambil aku lah. Aku malas nak pandu kereta hari ni. Kau ambil aku pukul 5 petang ni,ok? Rizal hanya menjawab ok. Rizal rakan karib ku. Walaupun dia lelaki dia memahami perasaan ku jauh dari rakan perempuan ku yang lain. Walaupun perangainya agak lembut sedikit,aku selesa dengannya. Dia pernah mengaku yang dia lebih sukakan lelaki dari perempuan. Dalam erti kata lain, dia seorang “gayboy”. Aku tidak terkejut langsung dengan pengakuannya. Kerna aku tahu, dalam isi hatinya,dia tak mahu jadi begitu.

     Tepat jam 5 petang,aku, aku tunggu di bawah apartment ku. Hon di bunyikan, aku dah agak ni mesti si Rizal. Saja nak mengacau aku, mentang – mentanglah aku kuat melatah. Aku membuka pintu kereta MyVinya.
   
     “Kita nak kemana ni? Kau ni mentang – mentang cuti hari ni,berjalan je la kan? ”, kata ku.
     “Ala...kau ni,aku ajak berjalan pun tak nak. Kang tak ajak kang,tau lak kau rindu kat aku”, katanya padaku.

    Aku hanya mampu ketawa. Itulah Rizal yang aku kenal,suka sangat mengacau aku. Dari dulu sampai sekarang, tak pernah berubah. Aku mengajak Rizal lepak di kawasan KLCC. Rizal menangguk tanda setuju. Selesai meletakkan kereta di tempat parking,sekali lagi aku terpandang sepasang lelaki berpegangan tangan. Aku hanya mampu merenung. Ada sedikit mengeluh. Rizal terpandang aku.

    “Kau ni kenapa? Jeles ye tengok orang pegang – pegang tangan?”, Tanya Rizal    “Ish,takde lah. Aku mana ada jeles, aku cuma teringat seseorang je...”, aku menjawab pendek pertanyaan Rizal.
    
     Rizal sudah dapat mengetahui siapa gerangan orang tersebut. Dan dia hanya terdiam. Kami duduk di suatu sudut. Membincangkan tentang kehidupan masing – masing. Tiba – tiba, terpancul satu soalan yang aku sendiri tak mahu jawab.

      “ Tasha,kau dengan ayah kau macam mana? Masih tak de perubahan ke? Maaflah kalau soalan aku ni kalau kau tak nak jawab”, Tanya Rizal.

     Dengan derasnya air mata ku mengalir. “Jangan kau tanya padaku tentang dia lagi. Aku benci menyebut nama dia!”, kata ku sambil air mata ku mengalir deras.
     “Aku...minta maaf. Dah la,kau jangan la menangis lagi. Nah,amik tisu ni”, Rizal mengeluarkan tisu dari poketnya.

     “Biarlah dia dengan kehidupan dia. Aku tak mahu masuk campur. Cukuplah dengan apa yang aku dah lalui dengan dia. Aku kenal dia siapa, tak perlu ada orang lain nak cerita kebaikan dia pada aku”, jawab aku tersedu sedan.

      “ Ialah tapi apa – apa pun dia tetap ayah kau. Nama kau pun berbinti kan dia. Kau tak boleh nafikan dia”, sambung Rizal.

     “Perlu ke aku terima dia sedangkan dia sendiri menafikan aku? Huh! Manusia macam itu aku tak mahu ingat. Aku tak mahu ingat pun siapa dia. Dia sendiri tak pernah bangga dengan kejayaan aku. Apa yang dia tahu, ‘pasangan’ dia la yang pandai, yang genius, yang sempurna. Semua ada lah”, aku seakan – akan bersyarah tentang dia pada Rizal. Sedangkan cerita itu sudah basi di dengar Rizal.

     “Entah la Tasha, aku pun ada niat nak khawin. Dan kalau boleh,aku nak berhenti menjadi seperti sekarang. Sebab aku takut zuriat aku membenci aku seperti mana kau membenci dia. Sudah lah Tasha,kesat lah air mata kau tu. Jom aku bawa kau pergi makan kek nak?”, Rizal seakan – akan ingin memujuk aku.

     Aku mengesat air mata dan kembali senyum. “Ok...aku nak kek ‘cheese blueberry’...secret recepie punya tau”, kata ku.

     “Amboi kau.... ‘demand’ ye. Yelah – yelah, aku belanja kau. Nasib aku baru dapat gaji”, perli Rizal.

     “Yeah! Macam tu lah skandal aku,hahahah...”, kataku kepada Rizal.

     Sesampai tempat yang di tuju,aku seperti kanak – kanak yang mendapat gula – gula. Seronok sangat hari tu. Kesedihan yang ku tanggung tadi hilang serta merta.
Selesai makan, aku minta pada Rizal untuk pulang. Aku rasa letih pula. Rizal seakan – akan tak memberi aku pulang tapi disebabkan aku buat muka kesian, Rizal hantar aku juga. Malam itu, aku hanya menghadap laptop kesayangan ku. Sudah berhabuk nampaknya. Mungkin sudah lama juga aku tak ‘on’ kan laptop ni. Aku hanya melayari ‘FB’ dan ‘YM’. Ada tetamu baru nampaknya. Tapi aku pelik ‘profile picture’nya terpampang tulisan ‘I am a serial killer’. Aku hanya meluluskan saja. Kalau niat bersahabat, aku menerima saja.

     Sebaik aku menerimanya, keluar dia menghantar ‘private chat’ kepada ku. Hai...tulisnya. Aku juga membalas hai... Dia menanyakan tentang diri ku dengan serba lengkap, begitu juga aku. Tiba – tiba, die bertanya satu soalan yang agak pelik.
    
     Awak ada kawan atau kenalan yang gay, lesbian atau mak nyah tak? Tanya nya.

     Aku serba salah. Orang yang berorientasikan ‘gay’ atau ‘lesbian’ amat sikit dan dipandang hina masyarakat. Aku hanya menjawab tidak. Demi menjaga aib orang lain.
    
     Dia menulis, dia bencikan golongan ini. Aku membalas sediki lambat.

    Dan aku terus bertanya...kenapa awak bencikan mereka? Apa salah mereka?

    Dia menjawab...saya ada sejarah hitam dengan ‘gayboy’. Dan saya sangat bencikan mereka!

   Aku terkejut. Marah benar nampaknya dia. Aku bertanyakan lagi padanya. Boleh awak ceritakan pada saya, apa yang mereka buat pada awak?

    Awak tengok tak berita tadi? Awak tahu kan apa yang jadi pada seorang lelaki yang di bunuh kejam tu? Huh! Itu lah padahnya. Dan saya gembira mendengar berita tu terpampang di kaca televisyen dan dada akhbar....

  
      Aku pelik. Apa yang dia maksudkan ni? Ketika aku mahu membalas teksnya...die terus ‘offline’. Aku semakin pelik. Dia hanya memberitahu namanya Eddy. Erm...tak lama kemudian. Mataku mulai kuyu. Sudah mengantuk. Aku terus menutup laptop ku. Menarik bantal busuk kesayangan ku. Malam ini,hujan renyai – renyai kembali. Aku berharap malam ini, hujan turun dengan lebat. Selesa sikit aku tidur malam ni.

     Esok paginya, aku menerima sekeping surat misteri. Dia menulis untuk aku. Dalam surat itu ada tertulis, tonton berita 1:30 hari ini. Jangan lupa!  Aku makin pelik. Apa semua ni? Apa kena mengena aku dengan surat ni? Aku menunggu jam 1:30 petang. Aku terus melayan berita jam 1:30. Sekali lagi cerita fasal pembunuhan seorang lelaki. Pembunuhan kejam ini sudah masuk mangsa yang ke – 3. Wah! Mangsa yang ke – 3? Dasyat lah tapi siapa yang punya angkara ni? Selesai berita jam 1:30, aku kembali berbaring. Siapa yang menghantar surat tadi? Mungkin Eddy tapi Eddy tak tahu siapa aku. Eddy tak tahu apartment aku. Tak mungkin juga Rizal. Kalau Rizal, kenapa dia bersusah payah menghantar surat ke apartment aku? Gunakan mesej kan boleh? Semakin aku fikir semakin aku serabut. Aku cuba buang perasaan ini jauh – jauh. Kalau dikatakan kes ugut, jauh sekali. Sebab tiada langsung tanda ugutan pada surat tersebut.

bersambung....


No comments:

Post a Comment